fbpx
Pengurangan kadar bayaran serta peningkatan jumlah rider menjadi antara faktor pendapatan penghantar makanan semakin merosot. – GAMBAR HIASAN

Tetap hidup miskin walau bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena working poor dalam kalangan pekerja gig sudah mula kelihatan dan berpotensi menjadi lebih serius pada masa hadapan.

Fenomena itu merujuk kepada golongan individu yang be­kerja, tetapi masih hidup dalam kemiskinan atau kesempitan kewangan.

Pakar Ekonomi dari Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia berlaku terutamanya apabila penyedia platform gig tidak lagi menawarkan pulangan pendapatan yang tinggi.

“Pihak terlibat juga mengurangkan kadar bayaran atau komisen kepada pekerja,” kata­nya kepada Kosmo!.

Menurutnya, sektor ekonomi gig di Malaysia yang sebelum ini dianggap sebagai penyelamat ekonomi rakyat, kini mula menunjukkan tanda-tanda ketidakseimbangan struktur yang membimbangkan.

Katanya, meskipun sektor itu masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mencari rezeki, trend semasa memperlihatkan peralihan secara beransur-ansur dalam jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

“Jika sebelum ini industri penghantaran makanan menjadi tumpuan utama, kini terdapat peningkatan dalam penyediaan perkhidmatan profesional secara dalam talian, manakala sektor penghantaran fizikal mula mencatatkan penurunan,” ujarnya.

Menurutnya, tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan beberapa industri dalam sektor itu mula menunjukkan ketidakseimbangan struktur.

Katanya, antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan sektor tersebut ialah ekonomi makro, khususnya peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.

“Peningkatan kos barangan dan perkhidmatan menghakis lebihan pendapatan yang dipe­roleh melalui pekerjaan gig, sekali gus menjejaskan daya tahan kewangan pekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN