fbpx
Keadaan bas yang terlibat dalam insiden meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik pada Jun tahun lalu.

Nahas UPSI: Lesen pemandu bas tamat tempoh sejak 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lesen memandu salah seorang pemandu bas persiaran yang terlibat nahas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lalu telah tamat tempoh sejak November 1998.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berkaitan kes kemalangan maut sebuah bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Jeli–Gerik), Perak.

Menurut laporan itu, siasatan mendapati bahawa lesen pemandu berusia 53 tahun itu tidak pernah diperbaharui manakala lesen seorang lagi pemandu berusia 39 tahun masih sah sehingga Disember 2026.

Dalam pada itu, semakan turut menunjukkan kewujudan pelbagai saman jalan raya bagi kedua-dua pemandu, termasuk saman yang mash aktif dan belum diselesaikan, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pemandu berusia 53 tahun memiliki 22 saman manakala pemandu berusia 39 memiliki 13 saman yang masih belum diselesaikan.

“Ini memberikan konteks penting terhadap tahap ketidakpatuhan terhadap keperluan perundangan asas pemanduan, keberkesanan pengawasan dan pematuhan operasi, serta amalan pengurusan keselamatan dalam pengendalian kenderaan,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Perak pada 9 Jun tahun lalu.

Difahamkan, ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.

Pemandu bas yang berusia 39 tahun dan pembantunya berusia 53 tahun turut cedera dalam kemalangan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN