fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik membenam cabaran Jhe Huei-Po Hsuan untuk melangkah ke separuh akhir kedua musim ini. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri pentas final Kejohanan Badminton Terbuka India selepas mara ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir di Indira Gandhi Arena, New Delhi hari ini, gandingan No.2 dunia itu menewaskan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-19, 21-14.

Ia merupakan separuh akhir kedua-dua berturut-turut buat Aaron-Wooi Yik selepas turut melakukannya pada Terbuka Malaysia minggu lalu.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, bekas juara dunia itu agak bergelut di set pertama sebelum kembali mendapatkan momentum sebenar pada set berikutnya.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus melebarkan rekod kemenangan ke atas Jhe Huei-Po Hsuan apabila sudah menewaskan mereka sebanyak lima kali dalam lima pertemuan.

Menjelang separuh akhir esok, juara Asia itu akan bertemu sama ada beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita ataupun satu lagi wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN