fbpx
Haqimi Azim antara pemain baharu TFC yang bakal membuat debut pada malam esok.

Liga Super: TFC fokus curi mata di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan memberi fokus untuk memperkemas aspek ketahanan mental anak buahnya menjelang aksi Liga Super menentang PDRM FC di Stadium Selayang malam esok.

Katanya, secara dasarnya, beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain-pemainnya pada aksi dengan Penang FC biarpun tewas 0-2 di gelanggang sendiri pada minggu lalu.

“Secara keseluruhan corak permainan dipamerkan pemain menepati apa yang dirancang walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepada kita.

“Begitupun, kita perlu kurangkan kesilapan mudah yang menjadi punca utama kegagalan mengawal rentak permainan dengan lebih baik,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sehubungan itu, Tengku Hazman berkata, beliau kini menekankan aspek peningkatan kawalan permainan dan fokus dalam kalangan anak buahnya.

Beliau berkata, aksi menentang PDRM bakal menjadi peluang penting untuk pemain-pemainnya menampilkan aksi lebih konsisten sepanjang 90 minit permainan.

“Kita akan kekal turunkan barisan sedia ada sementara pemain baharu diambil bagi mengisi kekosongan sebahagian posisi pada masa kami.

“Mungkin ada sedikit perubahan kecil di posisi tertentu mengikut keperluan taktikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI