PORT DICKSON – Bekas juara dunia atlet paralimpik sukan badminton negara tahun 2005 mahu ‘melepaskan’ lebih 30 koleksi kereta klasik jenama Mercedes Benz yang dimilikinya kepada individu yang mampu menjaga kenderaan itu dengan baik. Jasmi Md. Tegol, 58, berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan keadaan dirinya yang semakin ‘uzur’ selepas beberapa kali terjatuh termasuk ketika ‘berentap’ dalam pertandingan badminton di peringkat kebangsaan. Lagipun katanya, tiada seorang pun anak-anaknya yang berminat untuk menjaga atau memandu kereta tersebut kerana mereka lebih meminati……














