fbpx
Che Zainab (kanan) menceritakan kejadian kebakaran yang berlaku kepada seorang rakannya ketika ditemui di Bandar Bachok dekat Pantai Irama, Bachok hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Barang kemas RM100,000 bawah katil hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila barangan kemas miliknya bernilai RM100,000 yang diletakkan di bawah katil hangus dijilat api selepas rumahnya di Bandar Bachok dekat Pantai Irama di sini terbakar awal pagi tadi.

Selain hampir keseluruhan kediaman itu terbakar, wang tunai RM4,000 milik Che Zainab Seman, 72, yang disimpan di bawah katil turut hangus dalam kejadian pukul 3.30 pagi tersebut.

Che Zainab berkata, ketika kejadian, dia sudah terjaga dan melihat api dari bilik yang terletak di sebelah biliknya. Katanya, sebaik menyedari keadaan itu, dia cuba menyelamatkan barangan kemas bernilai RM100,000 dan wang tunai yang disimpan bawah katil, namun gagal kerana api merebak dengan cepat.

“Saya bergegas keluar menuju ke rumah anak yang tinggal berdekatan. Menantu kemudiannya menghubungi talian kecemasan dan saya hanya mampu melihat rumah pusaka arwah suami terbakar.

“Sejujurnya, saya berasa agak terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan barangan kemas dan beberapa dokumen lain, tetapi nyawa lebih diutamakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.40 pagi sebelum 23 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN