SERBUAN di sebuah pusat kesihatan atau spa yang menjadi tumpuan lelaki dipercayai gay di Chow Kit, Kuala Lumpur secara tidak langsung telah meninggalkan titik hitam dalam perjalanan tahun 2025. Ia telah membuka mata masyarakat tentang bagaimana parahnya gejala hubungan songsang di negara ini. Perkara itu hanyalah secebis daripada realiti semasa kerana situasi sebenarnya lebih besar. Isu hubungan sejenis bukan lagi sekadar melibatkan aktiviti yang bertumpu di tempat-tempat tertentu, tetapi juga sudah meluas dalam talian dan lebih parah melibatkan anak muda menjual diri……














