fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan @Marsya di media sosial memaparkan seekor alpaka mengeluarkan bunyi seperti suara kanak-kanak.

[VIDEO] ‘Kenapa bunyi macam tu…?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ala..kenapa bunyi macam tu…”

Itu antara ‘perbualan’ seorang wanita bersama seekor alpaka setelah haiwan berkenaan mengeluarkan bunyi seperti suara kanak-kanak yang sedang dalam kesedihan.

Menggunakan profil @Marsya di media sosial, dia turut mengakui pertama kali mendengar suara haiwan berkenaan.

“Seumur hidup aku pertama kali dengar bunyi alpaka. Macam sedih pula,” katanya.
Hantarannya itu meraih pelbagai komen daripada orang ramai yang rata-rata turut teruja dengan bunyi sebenar haiwan berkenaan.

“Tengah kumpul air liur tu kak,” kata @Kim4mi.

“Bunyi menyahut macam bangun pagi tak mahu pergi skolah ja,” ujar @Wann Hobbies.

“Seriuslah bunyi dia macam tu,” komen @Rabya.

“Ingatkan suara budak,” celah netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@maarssyas♬ original sound – Marsya🍒

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI