SUKARELAWAN Anak Malaysia (Satria) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau, Negeri Sembilan memanfaatkan ilmu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditimba bagi membantu komuniti setempat. Institusi yang juga dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Automotif itu tidak memfokuskan sumbangan bakti kepada masyarakat di Negeri Sembilan sahaja, bahkan membantu mangsa banjir di negeri berhampiran untuk menyelenggara motosikal terjejas oleh air bah saban tahun. Menurut salah seorang pelajar Sijil Teknologi Automatif Kenderaan Bermotor, Muhammad Amir Hasyimi Aladin, dia……














