fbpx
Keadaan di lokasi kemalangan maut di Jalan Mambau, Seremban malam tadi.

Dua penunggang motosikal maut bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah Proton Waja di Jalan Mambau di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azhar Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9.34 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 41 dan 46 tahun yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari Kampung Bemban menghala ke Sikamat.
“Setiba di lokasi, sebuah motosikal ditunggang yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan pemandu Proton Waja lalu melanggar cermin sisi sebelah kanan kemudian hilang kawalan.

“Mangsa kemudian telah bertembung pula sebuah motosikal lain yang berada di belakang Proton Waja. Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada saksi telah diperoleh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN