fbpx
PENGUNJUNG berbaris panjang untuk membeli tiket kereta kabel yang merupakan antara produk pelancongan utama di Langkawi semalam.

Pelancong tunggang motosikal dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelancong mengundang perhatian ramai apabila dirakam menunggang motosikal di dalam air di sebuah pantai di Pulau Bali, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di Pantai Lovina, daerah Buleleng semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @localbaliisland menunjukkan lelaki terbabit memulas pendikit motosikal di tepi pantai sebelum menunggang kenderaan itu ke dalam air dan terjatuh.

Pengunjung yang duduk berhampiran segera membantu lelaki tersebut dan memindahkan motosikal ke darat. 

Penghulu Kalibukbuk, Ketut Suka berkata, motosikal itu masuk ke kawasan pantai dan ditenggelami air laut. 

“Kami masih belum mengenal pasti identiti pelancong itu dan pemilik motosikal yang disewanya,” kata Ketut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN