fbpx
Orang ramai digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk aktiviti berbasikal. Foto oleh AMIR KHALID

Paling susah azam nak kurus, simpan duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Berbaki dua minggu lagi, kita akan memasuki tahun 2026. Jadi sebelum melangkah ke tahun baharu, ada yang menghabiskan cuti tahunan dengan makan angin dan ada juga yang hanya bersantai di rumah.

Sebut tentang tahun baharu, selain menunggu sambutan ambang pada malam 31 Disember, satu lagi perkara yang sinonim adalah azam.

Rata-rata kita pasti mempunyai azam setiap kali melangkah ke tahun baharu. Ada orang yang mempunyai lebih daripada satu kemahuan untuk dicapai pada tahun tersebut.

Jika ditanya dua keinginan yang paling popular dalam kalangan rakyat kita setiap kali masuk tahun baharu adakah mahu kurus dan simpan wang.

Nampak mudah, tetapi sebenarnya ia paling sukar untuk dicapai. Ada yang hanya bertahan selama beberapa minggu atau bulan, selepas itu kembali kepada gaya hidup lama, malah ada yang tidak pernah mencuba langsung.

Jadi azam yang sama diulang lagi pada tahun-tahun berikutnya. Seorang teman penulis berjaya menurunkan berat badan lebih 15 kilogram, jadi ramai yang minta tip.

Kata teman tadi, dia bukan tidak mahu berkongsi tip tersebut, tetapi kuncinya adalah konsisten.

Ramai yang boleh menurunkan berat badan sama ada dengan melakukan diet ‘suku suku separuh’, ‘intermittent fasting’, ‘cut sugar’, mengelakkan karbohidrat seperti nasi dan roti putih.

Namun berapa ramai yang boleh bertahan dan menjadikannya sebagai gaya hidup baharu.

Sebenarnya orang kita terlalu obses dengan kurus sebab kita dimomokkan bahawa kurus itu cantik dan nak cantik kena kurus.

Yang sebenarnya kita perlu tanam azam untuk hidup sihat, kurus itu bonus. Ada orang yang kurus, tetapi diuji dengan penyakit, ada yang badannya sedikit berisi (bukan obes), tetapi sihat.

Cuma apabila berat badan seseorang itu berlebihan ia boleh ‘mengundang’ penyakit. Kita bertuah kerana terdapat banyak perkongsian sama ada tentang menu pemakanan sihat atau senaman yang diberikan secara percuma di media sosial.

Malah mereka yang pakar dalam bidang perubatan atau pemakanan banyak menjawab soalan daripada pengikut mengenai diet untuk menurunkan berat badan.

Namun semuanya berbalik kepada diri sendiri. Sejauh mana kita mahu berubah dan tekad untuk menjadi versi yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang.

Penulis salute dengan syarikat-syarikat yang sentiasa menggalakkan kakitangan mereka mengamalkan gaya hidup sihat sama ada melalui penganjuran aktiviti sukan, pemberian token bagi pembelian barangan untuk gaya hidup sihat dan ganjaran kepada staf yang berjaya menurunkan berat badan.

Usaha ini nampak kecil, tetapi memberi impak yang besar terhadap kakitangan dan syarikat.

Pekerja yang sihat bukan sahaja meningkatkan produktiviti kerja, malah mengurangkan kos perbelanjaan perubatan dan pekerja gantian (sekiranya staf cuti sakit). Jadi secara tidak langsung syarikat juga akan menerima manfaatnya. Jadi apa azam anda tahun depan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN