fbpx
Siti Morni ketika menyiapkan pokok ufti emas yang digubahnya untuk pasangan popular Mr. E dan Erra Fazira.

Wanita popular kerana pokok ufti Mr. E, Erra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sebenarnya, Erra (Erra Fazira) turut terkejut apabila menerima mas kahwin berupa pokok ufti emas itu, walaupun beliau mengetahui 24 keping dinar tersebut.

Demikian ujar pemilik butik gubahan Flora dan Koleksi Meksu, Siti Morni Ismail, 71, berhubung kejutan pokok ufti yang dihiasi 24 keping dinar emas yang ditampilkan suami Erra Fazira, Ezwan Zain.

Siti Morni yang butiknya beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam sejak 1994 itu mengambil tanggungjawab menggubah mas kahwin sekali gus memenuhi permintaan Ezwan yang lebih dikenali sebagai Mr. E itu.

“Saya kenalan rapat dengan ibu Ezwan. Ezwan dan ibunya sendiri minta saya gubah pokok emas 24 keping dinar ini. Ezwan ada beri gambaran macam mana kehendaknya untuk membuat kejutan kepada Erra pada hari perkahwinan,” katanya.

Kosmo! melaporkan, Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada usahawan itu tepat pukul 9.19 pagi, Jumaat lalu di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu Subang.

Menurut Siti Morni, proses mencari idea menyempurnakan permintaan itu bukanlah mudah, malah memerlukan penelitian serta pengalaman bertahun-tahun dalam bidang gubahan.

“Ketika itu, saya pun memang perah otak fikir macam mana nak buat hantaran mas kahwin itu. Tapi, Alhamdulillah, dapat idea dan Allah permudahkan semuanya,” ujarnya.

Lebih mengejutkan apabila gubahan pokok ufti berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 10 hari sahaja.

Selain gubahan pokok ufti, Siti Morni turut diberi kepercayaan menyediakan buah tangan daripada coklat dan buah-buahan ketika keluarga Ezwan hadir ­merisik Erra.

Ujar Siti Morni, dia mengakui hasil gubahan itu mencuri perhatian ramai apabila ramai yang menegur selain menyatakan hasrat untuk menempah gubahan daripadanya ketika hadir pada majlis perkahwinan Erra dan Ezwan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN