fbpx
Prabahkaran ditemani ibunya, K. Ahnanthi mendengar penerangan Pegawai Perkeso pada Program Lindung Kerjaya OKU MyFuture Jobs 2025 di Seremban semalam.

Mohon lebih 30 kerja tapi hanya sekali diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pemuda yang cacat kekal pada tangan kiri akibat kemalangan jalan raya hampir berputus asa selepas permohonan kerjanya berulang kali ditolak majikan.

Bagaimanapun, M. Prabahkaran, 31, tetap cekal mencari pekerjaan bagi membantu keluarga dan kekurangan diri itu bukan alasan untuknya berasa lemah.

Dia telah menyertai Program Lindung Kerjaya Orang Kelainan Upaya (OKU) MyFuture Jobs 2025 di Wisma Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso) di sini semalam.

“Pada mulanya memang saya rasa tidak yakin dan lemah dengan keadaan fizikal tidak sempurna, tetapi sampai bila saya nak fikir cakap orang, hidup perlu diteruskan.

“Kebanyakan majikan tidak mahu terima saya sebegai pekerja sebab tidak boleh buat kerja berat,” katanya.

Menurutnya, dia telah memohon lebih 30 pekerjaan tetap dan pernah sekali di­terima bekerja di sebuah hotel di ibu negara dengan bantuan Perkeso.

“Ketika itu saya bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan dengan menjawab panggilan telefon, tetapi kontrak tidak disambung selepas enam bulan bekerja.

“Saya harap akan mendapat kerja yang sesuai dengan ke­upayaan diri pada program ini,” katanya.

Penyelaras Program Temuduga Lindung Kerjaya OKU MyFuture Jobs Negeri Sembilan 2025, Siti Amnah Mohd. Ridzuan berkata, Perkeso meletakkan sasaran 50 peratus daripada hampir 100 permohonan OKU berjaya mendapat kerja bersesuaian.

“Mereka yang terlibat dalam temu duga bersemuka hari ini terdiri daripada enam kategori OKU iaitu fizikal, pendengaran, pertuturan, pembelajaran, mental dan pelbagai.

“Pihak Perkeso akan memberi kaunseling kerjaya dan membuat padanan pekerjaan berdasarkan latar belakang dan kesesuaian calon,” ujarnya.

Katanya, empat syarikat terlibat untuk sesi temu duga kali ini merangkumi bidang perhotelan, perkilangan dan peruncitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN