fbpx
Anwar menunjukkan beg tenunan yang dihasilkan individu OKU untuk pembentangan Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, baru-baru ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Dewan Rakyat luluskan Belanjawan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Parlimen sebelum ini meluluskan RUU itu di peringkat dasar melalui undian blok pada 4 November lepas.

RUU berkenaan menerima 120 undi setuju dan 67 undi menentang, dengan 35 ahli parlimen tidak hadir semasa undian blok yang dicetuskan oleh Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Terdahulu, Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan Madani dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN