fbpx
AKTIVITI pengorekan pasir di laut yang didakwa menyebabkan air menjadi keruh, sekali gus menjejaskan sumber rezeki nelayan di Melaka. – AMRAN ALI

‘Nak dapat RM1,000 pun susah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pendapatan golo­ngan nelayan di perairan Pernu, Umbai dan Telok Emas di sini yang mencecah RM5,000 sebulan sebelum ini dikatakan merosot kepada bawah RM1,000 ketika ini.

Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Melaka Selatan, Mohd. Sa­yuti Mohd. Kari berkata, antara faktor utama yang dikenal pasti adalah aktiviti melombong pasir di perairan berhampiran yang didakwa memberi kesan kepada ekosistem laut serta kawasan tangkapan nelayan.

Katanya, keadaan air yang makin keruh akibat sedimen da­ripada aktiviti pengorekan pasir dipercayai mengganggu habitat serta kawasan pembiakan hidupan laut sekali gus menyebabkan hasil tangkapan semakin berkurangan.

“Dulu nelayan di kawasan ini boleh memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 sebulan, namun sekarang nak dapat RM1,000 pun sangat susah kerana hasil tangkapan makin berkurangan.

“Nelayan juga berdepan beberapa kekangan lain seperti kawasan larangan menangkap ikan dan keadaan muara yang makin cetek sehingga menyukarkan bot turun ke laut,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini.

Menurut Mohd. Sayuti, nelayan kecil turut berdepan risiko dikenakan tindakan sekiranya tersilap memasuki kawasan la­rangan menangkap ikan.

Oleh itu, beliau berharap pihak berkaitan dapat meneliti isu tersebut secara menyeluruh bagi memastikan kebajikan nelayan terus terbela selain mengekalkan kelestarian ekosistem laut di kawasan perairan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN