JAKARTA – Pengurusan sebuah kilang membuat anak patung di Cianjur, wilayah Jawa Barat berdepan detik cemas apabila berpuluh-puluh pekerja diserang histeria, lapor portal berita Pojok Satu.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di kilang Aurora World Cianjur, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mediatvsukabumi menunjukkan orang ramai berlari sambil menjerit ketakutan selepas melihat rakan sekerja mereka berkelakuan aneh.
Situasi bertambah huru-hara apabila sebilangan pekerja mula menangis, manakala sebilangan lagi meronta-ronta.
Ketua Polis Sukaluyu, AKP Akhmad Tri Lesmana mengesahkan bahawa pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Seramai 30 pekerja mengalami histeria. Kesemua mangsa dihantar pulang dengan segera untuk berubat atau pemulihan,” kata Akhmad. – AGENSI















