fbpx
Sharnaaz memberi amaran kepada golongan lelaki berstatus duda agar tidak terjebak dengan trend lagu Jamilah yang ketika ini menular dalam media sosial.

Jamilah: ‘Anda akan disenarai hitam, kita duda tapi tak terdesak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada golongan lelaki berstatus duda agar tidak terjebak dengan trend lagu Jamilah yang ketika ini menular dalam media sosial.

Menurut Sharnaaz, 40, dia tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama mana-mana individu dalam senarai Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM) sekiranya mereka melakukan trend tersebut.

“Kepada semua ahli dan prospek PDDM.

“Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta-merta dari persatuan,” katanya berseloroh dalam satu hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, dia menegaskan golongan duda tidak sepatutnya melakukan trend sebegitu kerana enggan dilihat seperti terdesak untuk mencari pasangan.

“Kita duda tapi bukan terdesak. Kita ada gaya,” katanya yang menggelarkan dirinya sebagai ketua merangkap presiden ‘persatuan’ tersebut.

Sharnaaz bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama termasuk selebriti yang melakukan trend tersebut.

Terdahulu, trend Jamilah meledak dalam media sosial selepas aktor, Que Haidar yang juga seorang duda menyanyikan lagu tersebut sambil baring dan tidak berbaju dalam sebuah video.

Lagu milik Jamal Mirdad itu seterusnya menjadi siulan ramai dan ramai rakan selebrti lain turut melakukan trend sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI