fbpx
Calon adik-beradik pada PRN17 Sabah kali ini.

Adik-beradik cuba nasib, ada sekutu ada ‘bermusuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persaingan sengit pada Pilihan Raya Ne­geri Sabah ke-17 (PRN17) kali ini bukan sekadar menarik minat parti-parti politik, tetapi turut menyaksikan penyertaan ramai calon yang mempunyai hubungan adik-beradik.

Lebih menarik lagi apabila ada calon adik-beradik yang mewa­kili parti yang sama, dan ada juga terpaksa ‘bertempur’ sesama sendiri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Salah satu tumpuan paling unik adalah di kerusi DUN Kukusan di mana dua beradik iaitu Ma’mun Sulaiman akan menentang kakak sendiri, Chaya Sulaiman.

Ma’mun yang juga bekas Ahli Parlimen Kalabakan mewakili parti Warisan, manakala Chaya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan mewakili Barisan Nasional (BN).

Di DUN Inanam, dua beradik yang juga anak kepada bekas Ahli Parlimen Sepanggar turut mencuba nasib dalam pertembungan 13 penjuru.

Shone Majimbun akan bertanding sebagai calon Bebas atas tiket Gelombang Hitam, manakala Edna Jessica Majimbun pula mewakili Warisan.

Mereka akan menentang penyandang kerusi dari PKR, Peto Galim dari PKR yang memenangi kerusi berkenaan pada 2020.

Selain itu, situasi menarik juga berlaku pada PRN Sabah kali ini apabila tiga beradik dari keluarga Bahanda turut bertanding atas tiket yang berbeza.

Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda akan bertanding di DUN Matunggong mewakili parti KDM, manakala Datuk Redonah Bahanda dari GRS pula dicalonkan untuk kerusi DUN Bandau.
DUN Bandau sebelum ini dimenangi oleh Wetrom.

Seorang lagi ahli keluarga Bahanda iaitu Datuk Verdon yang merupakan Ahli Parlimen Kudat akan bersaing di DUN Tanjong Kapor. Verdom merupakan pengasas kepada gerakan Gelombang Hitam (Black Wave) yang bertanding atas tiket Bebas.
Lain-lain calon yang bertan­ding dan mempunyai hubungan adik-beradik ialah bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Yamani Hafez Musa yang akan bertanding di Sindumin mewakili PRK, manakala adiknya, Hazem Mubarak dari GRS bertanding di Sungai Manila.

Legasi Datuk Seri Shafie Apdal dan adiknya, Datuk Mohammad Yusof Apdal yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi masing-masing akan bertan­ding di Senallang dan Silam.

Satu lagi penyertaan adik-beradik pada PRN kali ini melibatkan Datuk Anuar Ayub dan Mohd. Ishak Ayub.

Anuar akan bertanding atas tiket GRS di Liawan, manakala Mohd. Ishak pula mencuba nasib di kerusi Bingkor bagi mewakili Star.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN