fbpx
Kenderaan mewah yang disita oleh JPJ Kuala Lumpur dalam Ops Luxury, baru-baru ini

Ops Luxury: Lamborghini Aventador, Porsche 911 antara 92 kenderaan mewah kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 241 kenderaan mewah diperiksa dan 92 daripadanya diambil tindakan dalam Ops Luxury sejak Julai hingga kini.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 401 notis termasuk penahanan kenderaan serta pelbagai kesalahan teknikal dan dokumentasi.

Katanya, daripada jumlah itu, 307 notis JPJ(P)22 dikeluarkan, penahanan kenderaan di bawah Seksyen 64 (92), temu siasat mengikut Seksyen 114 (satu), tindakan di bawah Seksyen 224 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 (satu).

“Kesalahan yang direkodkan 45 pemandu tanpa CDL, CDL palsu (satu), LKM tamat tempoh atau tiada Lesen Kenderaan Motor (177), tiada insurans (160) dan kenderaan tanpa nombor pendaftaran (10).

“(Selain itu), mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain (enam) dan beroperasi tanpa Lesen Pengendali (dua),” katanya dalam kenyataa, malam ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, pada minggu ini, beberapa kenderaan mewah seperti sebuah Lamborghini Aventador dan sebuah Porsche 911 turut disita atas pelbagai kesalahan.

Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi penguatkuasaan ini, bagi memastikan pematuhan LKM, insurans, lesen memandu serta aspek teknikal melibatkan kenderaan mewah.

“JPJ Kuala Lumpur menegaskan komitmen penuh untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN