fbpx
Ivana Smith

Kematian model Belanda: Kerajaan perlu bayar RM 1.1 juta pada ibu Ivana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium, lapan tahun lepas.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Roz Mawar Rozain turut memerintahkan kerajaan mendepositkan bersama faedah terkumpul ke dalam akaun amanah selewat-lewatnya hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen.

Semasa prosiding itu peguam Datuk SN Nair yang mewakili Christina Carolina dan Peguam Kanan Persekutuan Siti Aishah Ramlan mewakili kerajaan.

Terdahulu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga Ivana selepas membenarkan saman yang dikemukakan ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen.

Ia yang mana mahkamah mendapati terdapat kecuaian oleh pihak polis dalam mengendalikan siasatan kematian gadis itu pada tahun 2017.

Christina Carolina, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu pada pada 20 November 2020, terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman itu berhubung dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

Pada 7 Disember 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan polis dan kerajaan untuk membatalkan saman yang difailkan plaintif atas alasan kes tersebut tidak sesuai dibatalkan kerana terdapat persoalan serius yang perlu dihujahkan melalui perbicaraan penuh.

Pada 18 Mac 2019, Sebelum ini, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas).

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner, wanita itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 November 2019.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner serta menggantikannya dengan ‘kematian yang disebabkan oleh seorang individu atau beberapa individu yang tidak dikenali’ dan memerintahkan Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia memulakan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI