fbpx
NIK NUR HUSNA kekal positif dalam setiap apa yang dilakukan bagi memperoleh kejayaan.

Kecantikan bukan sekadar luaran tetapi dari hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Di sebalik senyuman manis dan personaliti lembutnya, Nik Nur Husna Saffiah atau lebih mesra disapa Nina, merupakan figura muda yang semakin menyerlah dalam dunia kecantikan dan media sosial.

Gadis berasal dari Selangor berdarah campuran Terengganu ini bukan sahaja sedang menamatkan pengajian sambil menjalani latihan industri di sebuah bank ternama, tetapi juga aktif sebagai model sambilan dan ‘make up canvas artist’ pada hujung minggu.

Berkat minat mendalam terhadap dunia kecantikan yang diwarisi daripada ibunya, Nina menjadikan bidang ini sebagai ruang untuk mengekspresikan kreativiti dan keyakinan diri.

Namun, di sebalik pesona dan kejayaan kecil yang diraih, Nina juga seperti orang lain pernah melalui detik sukar yang akhir­nya menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri anda?
NIK NUR HUSNA: Nama saya Nik Nur Husna Saffiah, dikenali sebagai Nina, nama manja yang diberikan keluarga.
Saya berasal dari Selangor, tetapi mempunyai asal usul keluarga dari Terengganu, jadi memang ada sedikit campuran dua budaya.

Apa kerjaya Nina sekarang?
Pada masa ini saya masih menyambung pengajian dan sedang menjalani latihan industri di sebuah bank ternama.

Pada masa sama, saya juga aktif sebagai model sambilan dan ‘make up canvas artist’ pada hujung minggu. Saya suka memanfaatkan masa yang ada untuk berkarya dalam bidang diminati.

Bagaimana mula terlibat dalam dunia media sosial dan kecantikan?
Sejak kecil lagi saya memang meminati dunia kecantikan dan media sosial.

Saya dibesarkan dalam suasana yang mendorong minat itu. Ibu saya pernah bekerja dengan sebuah jenama kosmetik ter­kenal.

Melihat beliau begitu yakin, gembira dan menikmati kerja­yanya membuatkan saya terinspirasi untuk mencapai tahap sama. Saya ingin bekerja dalam bidang diminati yang memberi kepuasan diri.

Apa hobi di masa lapang?
Pada waktu lapang, saya gemar bersiar-siar menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) sambil mendengar lagu, menikmati pemandangan kota dan riuh rendah kehidupan manusia di sekeliling.

Dari situ, saya sering mendapat ilham dan inspirasi baharu untuk projek seterusnya.

Aktiviti ini bukan sekadar hobi, tetapi juga menjadi terapi diri. Ia salah satu cara untuk menenangkan fikiran dan menghargai detik kecil dalam kehidupan.

BAGI Nik Nur Husna, dia tidak termakan dengan pujian dan perlu kekal dengan identiti sendiri.

Pernahkah ada orang me­ngatakan wajah seiras Datuk Seri Siti ­Nurhaliza?
Saya mula menyedari ramai yang mengatakan wajah saya se­iras Siti Nurhaliza sejak kecil.

Namun saya tidak terlalu memikirkannya kerana bagi saya, persamaan itu sangat sedikit.

Sehinggalah suatu hari saya terlihat gambar anak beliau, Siti Aafiyah yang benar-benar menyerupai wajah saya ketika kecil.

Pada waktu itulah saya mula faham mengapa orang sering membuat perbandingan itu.

Bagaimanapun saya tidak termakan dengan pujian orang ke­rana perlu kekal dengan identiti sendiri.

Apa rahsia kekal yakin dan positif dalam kehidupan?
Rahsia saya untuk kekal yakin dan positif dalam dunia kecantikan yang penuh tekanan ialah sentiasa berpijak di bumi nyata.

Saya percaya setiap orang ada keunikan tersendiri.

Saya tidak terlalu fikir perbandi­ngan, sebaliknya fokus menjadi versi terbaik diri sendiri, belajar dari pengalaman dan menghargai perjalanan sendiri dalam industri.

Selain menjadi ‘freelancer’, apa kerjaya impian Nina?
Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir menjadi ‘freelancer’.

Namun, selepas melalui satu fasa sukar dalam hidup termasuk tekanan emosi akibat putus cinta yang memberi dampak besar dalam diri.

Saya mula mencari semula makna dan arah hidup. Tanpa disangka, pengalaman itu menjadi titik perubahan membuka ruang dan peluang baharu.

Kerjaya impian menjadi seorang model Muslimah yang bukan sahaja menonjolkan kecantikan luaran, tetapi juga dilengkapi dengan ilmu dan pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN