fbpx
Tangkap layar video menunjukkan badan dan leher Heru dibelit ular sawa gergasi selepas dia terjatuh ke dalam sungai. - Viral Press

Lelaki cemas dibelit ular ketika jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penangkap ular berdepan detik cemas apabila lehernya dibelit seekor ular sawa gergasi sepanjang 6 meter selepas mangsa terjatuh ke dalam sungai di pulau Borneo, bahagian Indonesia, lapor akhbar New York Post. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan penangkap ular bernama Heru itu terjatuh dari bot ketika cuba menangkap reptilia tersebut di tepi sungai. 

Situasi bertambah cemas apabila ular itu mula membelit badan Heru sebelum naik ke lengan dan lehernya. 

Beberapa kru segera memberikan bantuan dengan seorang lelaki memegang kepala reptilia tersebut, manakala seorang lagi memegang ekornya. 

Ular sawa itu berjaya ditangkap dan dibawa naik ke atas bot untuk merakam gambarnya sebelum ia dilepaskan semula. 

Perakam video tersebut, Mohamad Alisa berkata, ular sawa itu adalah terbesar dan paling kuat yang pernah ditemui mereka. 

“Ia dilepaskan selepas itu. Prinsip kami adalah tidak membahayakan makhluk hidup,” kata Alisa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI