fbpx
Rohaya menunjukkan pakaian terpakai yang dijual di kedainya di Kampung Senarak, Inas, Kuala Pilah.

Serabut duduk kota, pasangan buka bundle dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang suri rumah yang ‘tidak tahu duduk diam’ selepas berhenti kerja kilang ubat nekad membuka perniagaan pakaian terpakai atau bundle yang kini semakin maju walaupun pada awalnya ia dibuka di kawasan kampung dikeli­lingi hutan.

Rohaya Hahim, 54, berkata, perniagaan bundle di Kampung Senarak di Inas di sini yang diusahakan sejak sembilan tahun lalu mampu menghasilkan pendapatan sekitar tiga angka sebulan.

Katanya, ia berbaloi kerana selain dapat tinggal di kampung, kedainya yang dibuka dengan modal permulaan RM20,000 itu kini semakin berkembang.

“Saya jenis sudah biasa be­kerja dan selepas berhenti kilang ubat, saya mesti hendak ada pendapatan sendiri walaupun bergelar suri rumah. Orang kata kawasan hutan tetapi saya nekad untuk buka juga.

“Pelanggan terdiri daripada individu yang menjual pakaian terpakai di kawasan lain atau di bandar besar. Bundle barangan unik dan kalau ada yang nasib dapat jenis seluar kepala kain, saya jual RM100 berbanding RM200 yang dijual di pekan,” katanya.

Menurut Rohaya, lokasi bundlenya yang terletak di tepi jalan Kampung Batu-Inas juga bukan lah lokasi strategik, namun itu tidak membataskan dia dan suami yang nekad mahu merantau dari Selangor ke Negeri Sembilan.

Tambahnya, kehidupan sederhana di kampung juga menjadi pilihan buat mereka sekeluarga kerana lebih tenang serta terdapat pelbagai cara untuk mencari rezeki dengan kerja-kerja kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN