fbpx
Bekalan air sebuah premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di Sungai Petani dipotong hari ini.

Bekalan air premis pelacuran dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Bekalan air di tiga premis yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di daerah Kuala Muda dipotong dalam Op Air Noda hari ini.

Operasi itu melibatkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tindakan pemotongan bekalan air itu dibuat mengikut Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Katanya, tiga premis tersebut pernah diserbu beberapa kali dan didapati masih meneruskan kegiatan haram berkenaan.

“Sebelum ini, tangkapan terhadap individu yang terlibat telah dibuat dan mereka juga sudah didakwa di mahkamah, namun kegiatan itu masih berlaku.

“Sebagai langkah tegas untuk membendung kegiatan tersebut, kita mengambil tindakan memotong bekalan air ke premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan kegiatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang dapat dibanteras sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI