PETALING JAYA – Keupayaan badan penguat kuasa negara akan ditingkatkan melalui latihan serta perolehan aset dengan peruntukan lebih RM700 juta.
Ia meliputi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan kejayaan kesemua badan penguat kuasa memperoleh hasil rampasan dan kutipan berjumlah hampir RM15.5 bilion.
“JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex (CCTV).
“Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai. Pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan disegerakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE














