fbpx
Gambar hiasan.

Pelanggan mesej enggan beli rumah gara-gara ejen hartanah sokong Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelanggan yang menolak untuk membeli rumah daripada seorang ejen hartanah selepas mengetahui wanita itu menyuarakan sokongan terhadap Palestin mencetuskan kemarahan orang ramai.

Perkongsian oleh Nur Nisha di Threads memaparkan tangkap layar mesejnya bersama pelanggan berkenaan yang enggan berurusan susulan hantarannya mengenai Palestin di media sosial.

“Saya berminat, tapi saya tak mahu berurusan dengan awak lagi. Maaf, tapi kalau awak nak jadi jurujual, elakkan muat naik isu negara lain di media sosial. Bukan semua orang akan sependapat,” tulis pelanggan berkenaan.

Ejen hartanah tersebut turut bertindak membalas mesej menunjukkan sokongannya terhadap Palestin.

“Tak sangka pula ada pelanggan macam ni. Lagi kau cakap, lagi banyak aku memekak pasal Palestin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai menyelar tindakan pelanggan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Wow, tak semua orang akan sependapat? Berani betul! Bila melibatkan Palestin semua patut sehaluan, kalau tak, memang penyokong Zionis,” komen @Sherzain.

“Terima kasih sebab berpegang pada prinsip. Saya pun tak sanggup jadi ejen untuk orang yang tak ada nilai kemanusiaan,” kata @Nurul Hidayah.

“Baguslah awak tak jual rumah tu dekat dia. Takut esok lusa dia merentan “rumah ni dah dijanjikan untuk saya 3,000 tahun lepas”,” komen @Belledolphinuwu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN