fbpx
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Taipei. - Foto AFP

Suami saman rakan sekerja jadi skandal isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Seorang suami di Taiwan bertindak menyaman rakan sekerja isterinya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan,, lapor portal berita Mothership hari ini.

Pada tahun 2022, wanita dikenali sebagai Jie itu mula menjalin hubungan sulit dengan ketua jabatan perakaunannya, Yon di sebuah sekolah di Kaohsiung tempat mereka bekerja. 

Jie bekerja sebagai guru.

Menurut media Taiwan, mereka menjalin hubungan intim dan sering pergi ke hotel.

Suami Jie yang dikenali sebagai Wei mendapat tahu tentang hubungan sulit itu pada November 2023 apabila menemui mesej isterinya dengan Yong.

Akhirnya, dia memutuskan untuk mendakwa Yong di mahkamah.

Mahkamah akhirnya memutuskan Yong bersalah kerana melanggar hak pasangan Wei.

Hakim turut mengarahkan Yong membayar pampasan sebanyak TWD$1.3 juta (RM176,000) kepada Wei. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI