WASHINGTON ā Beribu-ribu belia Generasi Z (Gen Z) menggerakkan protes di Peru dan Paraguay sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan menganjurkan bantahan melaluiĀ media sosial bagi mendesak ketelusan, keadilan dan gejala rasuah dihapuskan, lapor agensi berita United Press International semalam.
Gen Z merupakan golonganĀ lahir antara akhirĀ tahun 1990-an hingga 2010.
Gerakan itu bermula di Nepal dengan peletakan jawatan perdana menterinyaĀ selepas gelombang protes pada September lalu menyebabkan 72 orang terbunuh. Ia kini merebak dari Benua Asia ke rantau Amerika Latin.
Di Peru, demonstrasi bermula susulan isu pembaharuan pencen sebelum berkembang menjadi kritikanĀ lebih meluas terhadap Presiden Dina Boluarte dan Kongres.
Pertempuran dengan polis membawa kepada berpuluh-puluh tangkapan dan tuduhan penggunaan kekerasan melampau oleh pasukan keselamatan.Ā
Di Paraguay, demonstrasi pertama menggunakan slogan āKami adalah 99.9 peratus. Kami menolak rasuah.ā Beratus-ratus orang muda berarak ke Kongres sambil mengecam amalan nepotisme, kelemahan perkhidmatan awam dan kurang peluang pekerjaan untuk belia.
Protes Gen Z terus merebak ke seluruh benua, dengan tunjuk perasaan di Madagascar dicetuskan oleh catuan air harian dan pemotongan bekalan elektrik, namun dengan cepat meningkat menjadi krisis politik.
Selepas seminggu pergolakan yang menyebabkan 22 orang terkorban, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mengumumkan pembubaran kerajaan.
ProtesĀ serupa berlaku di Maghribi, Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Kenya. Di Nepal, generasi muda membakar Parlimen dan memaksa perdana menteri meletak jawatan berikutan larangan media sosialĀ dalam perkembangan yang memberikan inspirasi kepada pergerakan lain.
āFenomena ini sinonim dengan belia bandar. Ia adalah perkembangan penting tetapi kita masih perlu melihat sama ada ia akan membantu menangani masalah yang mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat,ā kata penganalisis politik Luisana SĆ”nchez kepada CNN. – AGENSIĀ














