BAHASA bukan sekadar medium bicara, tetapi nadi tamadun yang menyalurkan roh bangsa, namun semakin lantang kedengaran suara sumbang melabel bahasa Melayu sebagai ‘low class’ atau murahan, seolah-olah bahasa warisan nenek moyang ini tidak lagi punya nilai di dunia moden. Generasi hari ini mudah terbuai dengan anggapan bahawa menguasai bahasa Inggeris adalah tanda aras kemajuan, manakala bahasa Melayu hanya wajar ditinggalkan di ruang sekolah rendah mahupun pentas syair. Kecenderungan ini melahirkan jurang persepsi seperti semakin fasih berbahasa asing, kian besar peluang…