fbpx
Ahli sindiket ditahan ketika dalam perjalanan untuk memohon FOMEMA di klinik-klinik panel dengan menggunakan pasport berbeza-beza sebelum ini.

‘Muka Indonesia tetapi pasport warga Filipina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pe­milik klinik swasta di sini, men­dedahkan, sindiket warga asing menggunakan pelbagai tak­tik untuk memperdayakan pi­haknya bagi mendapatkan dokumen Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

Beliau yang dikenali sebagai Mo­hamad berkata, sindiket itu dikesan bergiat aktif bermula tahun lalu apabila pihaknya membuka sebanyak 100 kuota pemeriksaan kesihatan setiap bulan.

Katanya, sindiket akan menghantar seorang wakil yang berada dalam keadaan sihat untuk menyamar menjadi orang yang berbeza-beza mengikut pasport yang ingin mendapatkan dokumen FOMEMA.

“Ada yang datang contohnya guna nama A, esoknya orang yang sama datang guna nama B. Dalam tempoh lebih seminggu itu, orang yang sama cuba datang dengan bawa sehingga lima pasport berbeza-beza.

“Mustahil petugas klinik tidak kenal sebab klinik kami kecil sahaja dan pesakit pun tidak ramai. Sindiket ini jelas menipu apabila kami panggil nama pada pasport, pesakit itu pun tidak tahu namanya Ali.

“Ada yang pasport warga Fi­lipina tetapi tidak reti bercakap bahasa negaranya, malah muka seperti warga Indonesia,” kata­nya kepada Kosmo!.

Katanya, sindiket yang ba­nyak dikesan melakukan kegiatan itu melibatkan warga India dan Bangladesh.

Mereka menggunakan taktik melukis jambang pada muka, manakala wanita pula mengenakan solekan tebal untuk menya­mar seperti individu dalam pasport tersebut.

“Tindakan mereka ini adalah untuk menipu pemeriksaan kesihatan. Kemungkinan indivi­du sebenar dalam pasport itu mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan saringan FOMEMA tidak lepas.

“Jadi mereka gunakan sindiket yang juga terdiri daripada warga asing untuk wakilkan orang yang sihat, datang ke klinik dan lakukan pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Katanya, setiap butiran mengenai orang yang dimohon juga kelihatan meragukan apabila syarikat tempat warga asing bekerja tersebut tidak dapat dihubungi.

“Kalau nak mohon FOMEMA perlu ada butiran seperti nama majikan atau nama syarikat.

“Seringkali nombor-nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi atau tiada dalam talian. Jadi sukar untuk kami buat pe­ngesahan,” ujarnya.

Kata beliau, pihaknya tidak akan meneruskan permohonan yang meragukan, sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN