fbpx
PENDRIVE pertama kali dipatenkan oleh sebuah syarikat teknologi Malaysia, Phison Electronics.

5 inovasi teknologi Malaysia ubah dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MALAYSIA bukan sahaja dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, malah turut menyumbang kepada dunia melalui pelbagai inovasi teknologi. Dari bidang kejuruteraan, keselamatan hingga fotografi, pencapaian anak tempatan ini telah membuktikan bahawa kreativiti dan daya cipta Malaysia mampu memberi kesan global. Berikut adalah lima inovasi terbaik Malaysia yang wajar dibanggakan.

1. Pemacu kilat (pendrive)

TIDAK ramai menyedari bahawa pemacu kilat atau lebih dikenali sebagai pendrive pertama kali dipatenkan oleh sebuah syarikat teknologi Malaysia, Phison Electronics, dengan jurutera utamanya K. Pua Khein Seng. Diperkenalkan pada awal tahun 2001, pendrive telah merevolusikan cara manusia di dunia menyimpan dan memindahkan data. Ia dicipta oleh anak Malaysia kelahiran Sekinchan, Selangor dan mula dipasarkan sekitar tahun 2001. Sejak itu, ia menjadi pengganti utama cakera liut dan cakera padat (CD), menjadikan kehidupan lebih mudah untuk pelajar, pekerja pejabat mahupun pengguna harian.

2. Kamera lytro

KAMERA lytro pula merupakan inovasi unik hasil ciptaan Ren Ng, seorang rakyat Malaysia yang menekuni bidang optik di luar negara. Kamera ini memperkenalkan teknologi light field camera yang membolehkan pengguna merakam gambar dahulu dan mengubah fokus kemudian. Keistimewaan ini menjadikan fotografi lebih fleksibel dan kreatif berbanding kamera tradisional. Walaupun ia lebih popular dalam kalangan jurufoto profesional, kamera ini membuktikan bagaimana kepakaran rakyat Malaysia mampu membuka jalan kepada teknologi fotografi masa depan.

KAMERA lytro hasil ciptaan Ren Ng, seorang rakyat Malaysia yang menekuni bidang optik di luar negara.

3. Pasport biometrik

MALAYSIA juga mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang memperkenalkan pasport biometrik pada tahun 1998. Pasport ini dilengkapi dengan cip keselamatan dan data biometrik menjadikannya lebih sukar untuk dipalsukan. Dengan teknologi ini, proses imigresen menjadi lebih pantas dan selamat, sekaligus meningkatkan keyakinan antarabangsa terhadap sistem keselamatan Malaysia. Kini, hampir semua negara menggunakan pasport biometrik tetapi Malaysia telah membuktikan keupayaannya sebagai perintis dalam bidang keselamatan perjalanan moden.

4. Dinding Nehemiah

DALAM bidang kejuruteraan awam, Dinding Nehemiah (Nehemiah Walls) menjadi inovasi yang membanggakan. Dicipta oleh Ir. Dr. Nehemiah Lee, sistem ini menggunakan panel konkrit pratuang yang diperkuat dengan jalur tetulang keluli bertekanan tinggi. 

Teknologi ini telah digunakan di lebih 30 negara termasuk Australia dan India, dalam projek lebuh raya, jambatan dan pembangunan bandar. Kelebihannya bukan sahaja menjimatkan kos, malah lebih cepat dipasang serta mesra alam. Kejayaan Nehemiah Walls membuktikan bahawa inovasi Malaysia boleh menjadi rujukan di peringkat global.

KELEBIHAN Dinding Nehemiah bukan sahaja menjimatkan kos, malah lebih cepat dipasang serta mesra alam.

5. Simplas

SIMPLAS ialah tangki berbentuk segi empat tepat yang memerangkap dan mengasingkan pepejal, gris, lemak dan cecair. Dicipta oleh Nayan Salleh, ia adalah alat yang menukar sisa dari restoran dan mengubahnya menjadi biofuel. Ia terdiri daripada bakul penapis yang digantung dan pembahagi berjaring untuk memerangkap semua pepejal yang berjaya menembusi paip. Ia juga mempunyai perangkap -T yang seterusnya mengelakkan gris dan lemak daripada terlepas ke dalam paip yang menuju ke longkang. Gris dan lemak tersebut kemudiannya diuruskan menggunakan kaedah bioteknikal untuk merawat gris dan lemak termasuk minyak masak terpakai untuk menghasilkan biodiesel. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN