fbpx
Seorang pekerja dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh maut selepas motosikal yang dia tunggang berlanggar dengan pacuan empat roda di persimpangan jalan Sungai Dua-Air Kuning Selatan, di sini, pagi tadi. -IHSAN POLIS

Pekerja dewan makan MRSM Gemencheh maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang pekerja dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh maut selepas motosikal yang dia tunggang berlanggar dengan trak pikap di persimpangan jalan Sungai Dua-Air Kuning Selatan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun menunggang Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Jelai 2 untuk ke tempat kerja.

Katanya, berdasarkan siasatan, pemandu trak pikap jenis Toyota Hilux tiba di persimpangan dan mahu membelok ke kanan untuk masuk ke jalan Sungai Dua-Air Kuning Selatan.

“Semasa sedang membelok, tiba-tiba datang motosikal dari arah Gemas melanggar bahagian kiri trak pikap. Akibatnya, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu trak pikap tidak cedera dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mayat pemuda itu dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat. Orang ramai mempunyai maklumat diminta supaya tampil ke Balai Polis Trafik Daerah Tampin atau menghubungi talian 06-4412502 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN