fbpx
Ayob Khan melawat reruai forensik di Maktab PDRM di Cheras, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Forensik moden diperlukan bendung sindiket global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Landskap jenayah yang semakin kompleks menuntut teknologi sains forensik negara diperkukuhkan dengan fasiliti lebih moden dan canggih bagi menandingi trend manipulasi sindiket jenayah global.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkembangan itu menuntut kerjasama erat pelbagai agensi penguat kuasa melalui platform seumpama National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (Nafsle) 2025.

Menurut beliau, penganjuran edisi keenam Nafsle itu memberi ruang kepada 280 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai penyiasat, ahli akademik dan pakar forensik untuk membincangkan cabaran siasatan semasa.

“Peserta simposium akan didedahkan dengan isu serta cabaran terkini dalam bidang forensik sekali gus menjana inovasi baharu dalam prinsip dan kaedah analisis bagi memastikan proses penyiasatan serta pendakwaan lebih ampuh dan mantap.

“Kehadiran para cendekiawan, pengamal dan pakar bidang siasatan sains forensik daripada pelbagai agensi serta jabatan amat signifikan dalam memantapkan operasi, siasatan dan pendakwaan kes oleh pegawai penguat kuasa undang-undang negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama perasmian simposium berkenaan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Simposium bertemakan “Science Meets Justice: Powered by AI” itu menekankan kepentingan adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem keadilan jenayah negara.

Nafsle yang bermula sejak 2019 merupakan inisiatif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM dengan kelolaan secara bergilir oleh Bahagian Makmal Forensik (D10) dan Bahagian Siasatan Databank DNA (D13). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN