fbpx
Gambar hiasan

5 ditahan buat tuntutan palsu bekal lembu betina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan lima individu termasuk tiga penjawat awam kerana disyaki bersubahat mengemuka dokumen yang mengandungi butir matan palsu.

Menurut sumber, kelima-lima suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an membuat tuntutan bagi memperoleh bayaran berkaitan tuntutan bekalan lembu betina daripada sebuah badan berkanun berjumlah kira-kira RM200,000.

Katanya, mereka ditangkap secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di SPRM Segamat antara pukul 11 pagi hingga 2 petang hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal kesemua suspek disyaki bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada sebuah badan berkanun di salah satu daerah di negeri Johor yang berjumlah kira-kira RM200,000 sedangkan pembekalan tersebut tidak dilakukan.

“Kesemua suspek yang juga terdiri daripada seorang pemilik dan pengurus syarikat dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Febuari 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, tiga daripada lima suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok untuk permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN