fbpx
Lelaki rakyat Malaysia (tengah) yang ditahan bersama dua laras raifal M16 dan 450 butir peluru di ­Pekan Danok, Daerah Sadao, Thailand pada Sabtu lalu.

M16 senjata api mahal di pasaran gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SONGKHLA, THAILAND –Selaras raifal jenis M16 tanpa peluru boleh dibeli pada harga RM8,000 melalui sindiket yang menjual senjata tersebut secara haram atau melalui pasaran gelap di negara ini.

Sumber Pasukan Keselamatan Thailand berkata, kebanyakan senjata api termasuk AK-104 dijual secara haram di Wilayah Kanchanaburi yang bersempadan dengan Myanmar.

Menurutnya, raifal M16 merupakan antara senjata api yang mahal di pasaran gelap di Thailand diikuti AK-104 pada harga RM5,000 selaras.

“Pelbagai jenis pistol pula boleh dibeli pada harga kira-kira RM2,000 hingga RM3,000. Harga senjata api berlesen termasuk M16 dijual sehingga RM90,000, namun penjualannya memerlukan dokumen sah,” katanya ketika di hubungi di sini semalam.

Ditanya sama ada mudah untuk membeli M16 secara haram di Selatan Thailand, sumber itu memberitahu, kebanyakan senjata api jenis raifal dibawa dari wilayah Utara Thailand dan Bangkok melalui beberapa sindiket atau orang tengah.

Katanya, kaedah itu memudahkan pihak tertentu untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian senjata api itu.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan bersama dua laras raifal M16 dan 450 butir peluru di ­Pekan Danok, Daerah Sadao, Sabtu lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket ­pengedaran dadah rentas sempadan.

Sumber Pasukan Keselamatan Thailand berkata, maklumat tersebut berpandukan kepada siasatan awal yang dijalankan ke atas suspek yang berusia 42 ­tahun itu.

Menurut sumber itu, hasil siasatan awal, lelaki itu mengaku memasuki ­Thailand pada 29 Ogos lalu melalui Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao dan menginap di sebuah hotel di daerah tersebut.

Katanya, suspek telah me­nerima pesanan melalui Whats­App daripada rakannya juga warga Malaysia bernama ‘Ah Jian’ yang mengarahkannya untuk mengambil beberapa barangan di Wat Pa Ko

Suwannaram di Daerah Na Mom, Wilayah Songkhla kira-kira 58 kilometer dari Danok pada 30 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN