fbpx
ANGGOTA forensik melakukan siasatan di rumah pasangan suami isteri yang cedera dengan kesan kelar di Sungai Ara, Bayan Lepas semalam. DANIAL SAAD

Kelar isteri: Mereka dikenali penduduk kerana terpelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Jiran kepada suami isteri yang cedera dalam kejadian kelar menyangka keluarga mangsa menganjurkan majlis makan selepas melihat kehadiran banyak kenderaan di pekarangan rumah di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini semalam.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian berdarah yang berlaku di rumah pasangan tersebut.

“Saya nampak banyak motosikal di depan rumah mereka. Ingatkan ada makan-makan sebab keluarga mereka selalu buat jamuan keluarga. Ramai adik beradik mai (datang).

“Saya terkejut bila nampak kereta polis berhenti di depan rumah pasangan tersebut.

“Sebelum ini kami jarang lihat pasangan suami isteri tersebut jadi tak tau (tahu) apa yang berlaku sebenarnya,” katanya ketika ditemui semalam.

ANGGOTA polis mengumpul bukti di lokasi kejadian serangan berdarah melibatkan pasangan suami isteri yang juga guru di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas semalam.

Menurut jiran itu, penduduk sememangnya mengenali rapat ahli keluarga mangsa yang merupakan guru berusia 28 tahun dan menyifatkan wanita tersebut dan suaminya sebagai peramah dan baik hati.

“Sebelum ini, mereka bertiga (mangsa dan suspek) ada membawa anak berjalan-jalan waktu petang di depan rumah. Tapi, rasanya dah lama tak nampak (riadah).

“Mereka juga memang dikenali penduduk sebagai individu terpelajar kerana menuntut di Beijing, China,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, seorang guru lelaki bertindak mengelar leher iste­rinya sebelum mencederakan diri sendiri de­ngan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan tersebut.

Kejadian itu disedari oleh ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah dua tingkat tersebut.

Ibu mangsa melihat anaknya ditindih sebelum menarik wa­nita itu daripada katil bagi menyelamatkan mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN