fbpx
Segmen runcit AEON meningkat bagi separuh pertama tahun kewangan 2025 sekali gus.

AEON catat hasil RM2.24 bilion separuh pertama tahun 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, naik kepada  RM2.244 bilion berbanding RM2.188 tempoh yang sama sebelum ini.

Segmen perkhidmatan pengurusan hartanah terus mencatat pertumbuhan positif dengan menjana hasil sebanyak RM398.6 juta dalam separuh pertama tahun kewangan 2025, iaitu 7.4 peratus lebih tinggi berbanding RM371.0 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ini disokong oleh kadar penghunian yang lebih tinggi serta pembaharuan sewaan yang berkesan, sekali gus mengukuhkan kekuatan AEON dalam pengurusan pusat beli-belah dan kerjasama dengan penyewa.

Segmen perniagaan runcit turut mencatat peningkatan 1.6 peratus dalam separuh pertama tahun kewangan 2025, dengan hasil meningkat kepada RM1.845 bilion  berbanding RM1.817 bilion  juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, pihaknya  sentiasa teguh dalam memperkukuhkan asas perniagaan, meningkatkan nilai pelanggan dan memacu daya saing untuk jangka panjang.

“AEON akan terus memperluas rangkaian jenama sendiri, mempercepatkan transformasi digital, mengoptimumkan gabungan penyewa, serta memaksimumkan nilai ruang runcit bagi menarik lebih banyak kunjungan pelanggan,” katanya dalam kenyataan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI