fbpx
MENEROKA Gua Tempurung di Gopeng, Perak juga mengajar erti ketahanan diri.

Adrenalin berakit, jelajah gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBAIK sahaja menelusuri Kampung Chulek, Gopeng, Perak yang merupakan sebuah perkampungan tradisional, pengunjung bukan sekadar ditawarkan keindahan alam semula jadi tetapi turut berpeluang bergelumang dengan pelbagai aktiviti lasak. 

Katakan apa sahaja aktiviti seperti berakit meredah jeram (white water rafting), menjelajah Gua Tempurung, menunggang kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV) dan merentas hutan pastinya mencabar adrenalin diri.

Menunggang ATV misalnya tidak lengkap bagi pencinta sukan lasak jika tidak melakukannya kerana ia menjanjikan pengembaraan menyeronokkan, santai dengan rekaan trek mencabar.

Ia juga memberi 1,001 kepuasan termasuk malalui kawasan kampung dan ladang jagung yang menjanjikan panorama indah.

Pengalaman penulis sendiri menunggang ATV tetap dirasakan berbeza dengan motosikal. Menariknya, aktiviti itu jauh lebih stabil meskipun menuruni dan mendaki bukit yang curam atau permukaan tidak sekata.

Kongsi Pegawai Perhubungan Pekerja Dan Korporat Gopeng Glamping Park (GGP) Holdings Sdn. Bhd., Mohd Riduan Jamaludin, daerah itu sememangnya menjadi pilihan kepada peminat sukan lasak tidak mengira sama ada individu, keluarga, berkumpulan atau korporat.

“Sungai Kampar sememangnya terkenal kepada peminat aktiviti berakit meredah jeram kerana laluan mencabar sepanjang tujuh kilometer yang begitu mengujakan walaupun memakan masa lebih kurang dua hingga tiga jam untuk menyempurnakannya.

“Laluan ini mempunyai sekurang-kurangnya 14 jeram dengan kederasan air dari gred satu hingga gred tiga selain mampu mencapai sehingga 22 jeram apabila paras aras sungai meningkat,” katanya kepada CitaRasa baru-baru ini.

AKTIVITI berakit meredah jeram memerlukan komunikasi dan disiplin.

Jelasnya, aktiviti lasak tersebut menguji daya ketahanan diri, komunikasi sesama ahli dan disiplin yang memainkan peranan penting bagi memastikan bot tidak terbalik dan peserta berjaya menamatkan aktiviti ini dengan penuh kepuasan.

Selain itu, aktiviti berkayak tiub atau ‘tubing’ turut boleh dilakukan di kawasan jeram tidak begitu dalam, mungkin sekitar 1.2 meter kerana lebih bersifat santai, namun masih ada cabaran tersendiri.

Kebiasaannya pihak operator akan memberikan taklimat keselamatan dan cara untuk mengendalikan tiub supaya tidak terbalik.

Bagi seorang pengendali aktiviti lasak, Mohamad Khairul Rezeki, kru yang mengiringi pemain kayak tiub sangat penting kerana dapat membantu dalam memastikan lokasi laluan air itu selamat atau tidak.

Katanya, selain river tubing, menuruni cerun curam tebing air terjun menggunakan peralatan bertali (waterfall abseiling) sudah pasti mencabar ketahanan fizikal dan mental pemain.

Selain aktiviti air, Mohamad Khairul berkata, orang ramai juga boleh menerokai Gua Tempurung.

SELEPAS penat mendaki Bukit Batu Putih, pendaki disajikan panorama memukau.

“Nama gua ini diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai telah wujud sejak 8,000 Sebelum Masihi lagi.

“Terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, setiap kubahnya mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. 

“Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

“Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi. Terdapat beberapa perlombongan bijih timah berskala kecil di dalam gua sepanjang abad yang lalu,” katanya.

Selain itu, Gopeng turut mempunyai pesona Bukit Batu Putih yang menyajikan pemandangan menarik berlatarbelakangkan daerah tersebut sama ada ketika matahari terbit mahupun terbenam.

“Biasanya pendakian bukit yang mempunyai ketinggian 310 meter ini mengambil masa antara 30 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan pendaki. 

“Pengalaman laluan mendaki yang sederhana, namun mencabar sehingga keletihan terubat apabila sampai ke puncak dengan pemandangan yang memukau.

“Bukit ini menjadi tumpuan kerana laluan mendaki yang sesuai untuk peringkat kanak-kanak seawal usia lapan tahun sehingga warga emas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN