fbpx
Saifuddin Nasution ketika merasmikan Simposium Alternatif Kepada Penahanan Kanak-Kanak Pelarian Tanpa Penjaga dan Terpisah di Malaysia.

Ramai pelarian termasuk kanak-kanak cari perlindungan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia tidak menandatangani Konvensyen 1951 mengenai Pelarian, tetapi realitinya menjadi persinggahan dan tempat perlindungan puluhan ribu pelarian termasuk kanak-kanak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kanak-kanak terbabit datang tanpa pilihan kerana kehilangan ibu bapa akibat konflik atau menjadi mangsa sindiket pemerdagangan.

Menurut beliau, terdapat juga dalam kalangan kanak-kanak berkenaan yang lahir di Malaysia, tetapi tanpa dokumen pengenalan diri dan setiap kisah mereka benar-benar menguji nilai kemanusiaan.

“Pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita berdepan dilema iaitu untuk menegakkan undang-undang imigresen, namun pada masa yang sama memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak ini tidak terabai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, beliau memberi jaminan jika ada idea segar dan praktikal yang boleh membantu mencari jalan keluar, KDN terbuka menerima saranan dan akan melaksanakan sebaik mungkin.

Terdahulu, katanya, beliau hari ini merasmikan Simposium Alternatif Kepada Penahanan Kanak-Kanak Pelarian Tanpa Penjaga dan Terpisah di Malaysia.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat Institut Kajian Etnik (KITA-UKM) sebagai rakan strategik KDN dalam menjayakan simposium ini.

“Semoga ia menjadi titik tolak kepada pendekatan yang lebih manusiawi dalam menangani isu pelarian kanak-kanak di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN