fbpx
FARHAN (tengah) bergambar bersama wakil agensi kerajaan lain selepas penyerahan replika kunci pada Program Ujikaji Tapak Helipad dan Telaga Tiub Bagi Menentang Kebakaran Hutan di HSK Kenderong di Gerik hari ini.

Perak yang pertama miliki helipad dalam Hutan Simpan Kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Perak melakar sejarah tersendiri apabila memiliki tapak pendaratan helikopter (helipad) pertama dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia bagi mempercepatkan operasi pemadaman kebakaran hutan.

Pembinaan helipad di HSK Kenderong itu berhampiran telaga tiub yang dibina hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak dan Jabatan Perhutanan Perak.

Penolong Pengarah (Seksyen Ladang Hutan dan Inovasi) Jabatan Perhutanan Perak, Farhan Sukiman berkata, kemudahan helipad dan telaga air itu menandakan pencapaian penting dalam kesiapsiagaan pengurusan kebakaran hutan di negeri Perak.

Katanya, inisiatif itu juga menjadi bukti bahawa kerjasama strategik antara agensi Persekutuan dan negeri serta teknikal mampu menghasilkan impak tinggi terhadap perlindungan sumber asli negara.

“Kedua-dua infrastruktur ini dibina di bawah Projek Pembinaan Infrastruktur dan Perolehan Kelengkapan Kebakaran Hutan di Negeri Perak (2023–2025).

“Pembinaan telaga tiub ini dibangunkan dengan ketetapan teknikal tinggi dan lengkap dengan pam, struktur perlindungan serta sistem keselamatan untuk memastikan ia sedia digunakan oleh pasukan kecemasan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ujikaji Tapak h
Helipad dan Telaga Tiub Bagi Menentang Kebakaran Hutan di HSK Kenderong, di sini hari ini.

Menurut beliau, pembinaan helipad di lokasi strategik itu juga dijangka memendekkan masa operasi udara bagi memadam kebakaran hutan di sekitar Gunung Kenderong dan sepanjang jajaran Gerik-Kupang.

Katanya, punca air berhampiran telaga tiub itu juga menggantikan kebergantungan kepada sumber air terbuka di Sungai Perak dan Tasik Banding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI