fbpx
Fahmi semasa sidang media di PPS Sekolah Rendah Agama Al-Khwarizmi, hari ini.

Mangsa kebakaran Pantai Dalam akan ditempatkan di PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mangsa kebakaran di Pantai Dalam akan dipindahkan sementara ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan bagi memastikan mereka mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bagi memastikan mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama Al-Khwarizmi mempunyai tempat tinggal lebih sesuai dalam tempoh pembinaan semula atau sehingga mereka mendapat kediaman baharu.

“Saya akan adakan pertemuan dengan DBKL dan pihak-pihak berkaitan secepat mungkin untuk kenal pasti PPR yang sesuai untuk menempatkan keluarga terkesan.

“Insya-Allah kita sasarkan pemindahan boleh dibuat seawal minggu depan,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa kebakaran di PPS Sekolah Rendah Agama Al-Khwarizmi, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, seramai 66 mangsa daripada 17 keluarga kini berlindung di PPS selepas 14 unit rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Beliau turut memaklumkan struktur premis dan rumah yang terbakar disahkan sebagai tidak selamat dan perlu dirobohkan untuk pembangunan semula.

Katanya, DBKL akan menyelaras bantuan berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis, selain mempertimbangkan bantuan kecemasan dan kewangan kepada mangsa.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN