fbpx
Maznah menyeka air mata mengenangkan arwah anaknya, Koperal Mohd. Hafizul Izham yang maut ketika ditemui rumahnya di Kampung Pak Kancil, Setiu hari ini.

Ibu terkilan tak sempat jamu nasi minyak permintaan Hafizul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Ibu Allahyarham Koperal Mohd. Hafizul Izham Mazlan, Maznah Ismail, 64, terkilan tidak sempat memasak nasi minyak yang menjadi permintaan terakhir arwah anaknya pada Ahad lalu.

Dia berkata, arwah anak ketiganya itu pulang sebentar ke rumahnya di Kampung Pak Kancil, di sini kerana mempunyai mempunyai urusan kerja di Terengganu pada Sabtu minggu lalu.

“Arwah (Mohd. Hafizul Izham) sempat singgah ke rumah pada Sabtu minggu lalu. Dia nampak berubah pendiam sedikit.

“Esoknya, arwah hubungi saya meminta memasakkan masakan kegemarannya, nasi minyak namun tidak sempat kerana tiada bahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Kancil di sini hari ini.

Maznah berkata, tambah terkilan pada, waktu itu, arwah anaknya, Mohd. Hafizul Izham berada di Kampung Belara, Kuala Nerus.

Terdahulu jenazah Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil pada pukul 10.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI