fbpx
Ular tikus cantik Taiwan melingkar di dalam bilik tidur anak Natasha. - Kennedy News and Media

Cemas lihat ular melingkar dalam bilik anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita di Cheshire, Britain cemas apabila melihat seekor ular sepanjang kira-kira 2 meter melingkar di dalam bilik tidur anaknya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Natasha Robinson, 34, berkata, dia pada awalnya menyangka bahawa pasangannya sekadar mahu bergurau.

Namun, wanita tersebut ketakutan apabila melihat ular itu mengeluarkan lidah, menyebabkan dia dengan segera membawa keluar tiga anaknya dari rumah.

“Saya menyangka ia hanya ular rumput atau spesies yang tidak berbahaya.

“Namun, selepas mengamati saiznya, saya sedar ia bukan ular berasal dari sini,” katanya.

Reptilia itu kemudian disahkan merupakan ular tikus cantik Taiwan.

Ia merupakan spesies tidak berbisa tetapi boleh membesar sehingga lebih 3 meter panjang.

Natasha dan pasangannya kemudian mengepung ular itu selama dua jam sebelum sepasang peminat haiwan eksotik tiba dan menangkap reptilia tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI