fbpx
ANWAR (tengah) menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Jitra, hari ini.

Jangan remehkan penurunan harga minyak, Sara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Pihak pembangkang diingatkan agar tidak meremehkan inisiatif kerajaan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter dan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat itu bukan mudah, namun ia perlu dilaksanakan sebagai ikhtiar untuk membantu meringankan beban hidup rakyat dalam suasana ekonomi dunia yang mencabar.

“Bandingkan dengan negara jiran dan tengok kedudukan kita, saya turunkan harga minyak ini bukan mudah iaitu RM1.99 seliter. Mereka kata Thailand dah turun dulu tapi tengok harga (petrol) Thailand berapa? Tengok Singapura, Indonesia, Filipina berapa?

“Kita jauh lebih rendah, untuk rakyat Malaysia tapi (pembangkang) tidak ada langsung rasa syukur. Tidak setuju tak apa tapi yang betul kita akan buat. Cuma saya nak beritahu, ia bukan perkara yang mudah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di sini hari ini.

Katanya, terdapat juga pihak yang menganggap penurunan RON95 hanya dalam jumlah yang kecil iaitu enam sen.

“Ada yang kata beza sedikit sahaja iaitu enam sen, dia tak dengar penerangan kita. Bukan enam sen kerana harga minyak dalam pasaran (tanpa subsidi) ketika ini lebih RM2.50 seliter, untuk orang asing kita tak bagi subsidi,” ujarnya.

Selain itu, kata beliau, pemberian Sara sebanyak RM100 kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas melibatkan pertambahan peruntukan kerajaan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion.

“Dapat RM100 seorang, kalau ada isteri seorang dapat RM200 kalau isteri dua dapat RM300 dan kalau ada anak, jadi RM400,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan juga menanggung kos lebih RM500 juta untuk memastikan tiada kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang dijadualkan meningkat tahun ini mengikut perjanjian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN