fbpx
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan kemungkinan inisiatif pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluaskan kepada penuntut miskin di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kerajaan pertimbang pendidikan percuma PTPTN untuk pelajar miskin IPTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan kemungkinan inisiatif pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluaskan kepada penuntut miskin di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, langkah memperluaskan Biasiswa Anak eKasih itu namun perlu melihat kepada kedudukan fiskal terlebih dahulu kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

“Kami akan cuba cari jalan dan usahakan langkah supaya kami lebih inklusif terutama kami harus semak juga kedudukan fiskal, perbelanjaan ini agak besar.

“Namun kami usahakan sebaik mungkin untuk memperluaskan inisiatif ini kepada pelajar layak di universiti swasta pada masa hadapan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Prof Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan pelajar IPTS milik kerajaan negeri yang memerlukan diberi inisiatif itu.

Menjawab soalan asal Senator Norhasmimi Abdul Ghani, Adam Adli berkata, penuntut IPT tidak dibenarkan menerima dua pembiayaan pengajian secara serentak daripada penaja berbeza.

Jelas beliau, ketetapan itu bagi memastikan peruntukan kerajaan diagihkan secara adil dan telus serta memberi manfaat kepada banyak pelajar yang benar-benar layak.

Kata beliau, setiap permohonan akan disemak silang atau dipadankan dengan data eKasih dan agensi penaja utama yang lain sebelum pendidikan percuma itu ditawarkan kepada yang benar-benar layak.

Menurut beliau, proses saringan dokumen diperketat dan penamatan serta-merta akan dilaksanakan terhadap mana-mana penerima yang melanggar syarat penajaan atau mengemukakan dokumen palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN