fbpx
Mangsa dicederakan oleh rakannya yang tidak berpuas hati kerana mempunyai ramai peminat lelaki. - GAMBAR HIASAN

Cemburu ramai peminat lelaki punca diikat dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes seorang pelajar perempuan yang ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan tali leher di tandas sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum dapat diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kita sedang melengkapkan siasatan terhadap dua pelajar yang ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian itu serta mangsa.

“Bagaimanapun di­sebabkan kesemua mereka masih di bawah umur serta mangsa yang trauma, kita memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan,” ­katanya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323/324 Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, rakan mang­sa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati membabitkan pencapaian cemerlang mangsa dalam akademik sehingga dia disukai oleh ramai pelajar lelaki sekolah itu.

Keadaan tersebut tidak di­senangi oleh salah seorang pelajar perempuan selepas mendapati teman lelakinya turut cuba mendekati mangsa.

Dia kemudian bertindak mengajak rakannya sebelum dipercayai mengikat mangsa serta memukulnya di dalam tandas sekolah.

Menurut pelajar itu, dia terkejut selepas mendapat tahu dua pelajar sekolah ditahan polis sehari selepas kejadian berlaku.

Kosmo! sebelum ini me­laporkan seorang pelajar pe­rempuan tingkatan satu ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali ­leher serta mulut ditutup dengan sapu tangan dalam tandas ­sebuah sekolah menengah di sini.

Mangsa dikatakan dicederakan serta diperlakukan sedemikian rupa oleh dua rakannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pencapaian cemerlang pelajar itu dalam akademik. Dua suspek berusia 13 tahun ditahan polis dan kini dalam tahanan reman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN