fbpx

Jalani penggambaran MV di Jakarta, Aisha Retno pengsan mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Aisha kini bagaimanapun stabil dan sudah pulang ke tanah air.

PETALING JAYA – Akibat keletihan melampau, penyanyi Aisha Retno pengsan di Jakarta, Indonesia selepas menjalani penggambaran video muzik (MV) terbaharunya di negara republik berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Jean Retno Aryani, yang memberitahu bahawa Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berada di negara jiran bagi menyiapkan single terbaharunya bersama komposer terkenal, Ade Govinda.

“Semalam tengah menjalani penggambaran video muzik, dia rebah kerana kepenatan.

“Aisha kan ‘hyper’ (aktif), jadi mungkin petang semalam dah penat sangat.

“Dia ‘back to back’ di Jakarta dalam lima hari kena buat banyak benda selesaikan projek bersama Ade Govinda,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Jean memaklumkan pelantun lagu Sutera itu kini berada dalam keadaan stabil dan dalam perjalanan untuk pulang ke Malaysia pada hari ini.

“Alhamdulillah semuanya okey. Aisha dah dirawat semalam kira-kira dua jam.

“Dia dah boleh kembali ke tempat penggambaran tapi pihak produksi tak izinkan dia bekerja,” ujarnya.

Sebelum ini, Aisha menerusi InstaStory memaklumkan ditahan di wad Jakarta, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI