fbpx

Mayat lelaki dalam gaung dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki yang ditemui dalam gaung berhampiran Kampung Batu 23 Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.48 petang, Sabtu lalu.- FOTO IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dalam gaung di Kampung Batu 23, Jalan Pahang di sini pada Sabtu minggu lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Johari Yahya berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat dijalankan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang mendapati punca kematian mangsa kerana dipukul dengan objek tumpul.

“Terdapat kesan lebam dan luka lecet pada kepala, muka, dada, belakang badan serta kedua-dua tangan mangsa.

“Punca kematian adalah disebabkan ‘multiple blunt trauma’ akibat dipukul dengan senjata tumpul,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Tambah beliau, polis telah mengambil cap jari mangsa untuk mendapatkan identiti lelaki itu yang ditemukan berkemeja-T dan berseluar pendek hitam dalam keadaan terbaring di bawah tebing setinggi 15 meter di tepi jalan.

Justeru, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4011 222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI