MAKIN toksik. Itu yang Diva dapat simpulkan mengenai peminat Fattah Amin dan Fazura.
Mana tidaknya, hampir di semua platform media sosial mereka bergaduh untuk mempertahankan artis kesayangan masing-masing.
Semakin teruk apabila Fattah tidak hadir pada hari persembahan di sekolah anaknya, Fatima baru-baru ini atas kekangan kerja.
Disebabkan itu, berlaku perang sindir-menyindir dan membuka banyak aib lama.
Diva rasa situasi ini kurang sihat dan tak bagus. Adakalanya peminat yang melebih-lebih dalam menyuarakan pendapat, seperti tinggal serumah tidur sebantal.
Kalau boleh berhentilah bergaduh atau nak cakap siapa paling betul. Manusia tiada yang sempurna dan jadilah peminat yang menyenangkan.
DIVA: Katanya Filem Superman baharu best, Diva nak bawa kekasih tengok malam ini!